Berdasarkan
Kajian penyelidikan yang dibuat oleh Lada, S., Tanakinjai. G.H., dan Amin, H.,
(2009) dalam kajian “meramalkan niat untuk memilih produk halal menggunakan
Teori Tindakan Bersebab (TTB)” Halal bukan lagi semata – mata untuk isu agama
lagi tetapi ia merupakan bidang perniagaan dan perdagangan. Selain itu, ia juga
telah menjadi symbol global bagi menjamin kualiti dan pilihan gaya hidup. Melalui
kajian ini ia dapat membantu para peniaga meningkatkan pasaran perniagaan
mereka. Berdasarkan kajian penyelidikan itu juga, pengkaji telah menyatakan
anggaran pasaran halal bernilai US$ 580 Billion setahun dan industri pemakanan
halal meningkat secara keseluruhannya sebanyak 7 % setiap tahun. Oleh itu,
syarikat disarankan sepatutnya megambil kesempatan ini untuk megeluarkan produk halal, megikut
keperluan pengguna. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menyatakan bahawa
setiap pengguna mempunyai pengetahuan dan kepercayaan terhadap produk halal,
dimana sikap dan norma subjektif memainkan peranan yang penting dalam membentuk
niat pembelian.
Sumber: Lada, S., Tanakinjal, H. and Amin, H.
(2009), "Predicting intention to purchase halal products using theory of
reasoned action", International Journal of lslamic and Middle Eastern
Finance and Management, 2(1), 66-76. Diambil daripda: Emerald Group Publishing
Ltd.