Friday, June 01, 2012

Aktiviti Cais


Berdasarkan Kajian penyelidikan yang dibuat oleh Lada, S., Tanakinjai. G.H., dan Amin, H., (2009) dalam kajian “meramalkan niat untuk memilih produk halal menggunakan Teori Tindakan Bersebab (TTB)” Halal bukan lagi semata – mata untuk isu agama lagi tetapi ia merupakan bidang perniagaan dan perdagangan. Selain itu, ia juga telah menjadi symbol global bagi menjamin kualiti dan pilihan gaya hidup. Melalui kajian ini ia dapat membantu para peniaga meningkatkan pasaran perniagaan mereka. Berdasarkan kajian penyelidikan itu juga, pengkaji telah menyatakan anggaran pasaran halal bernilai US$ 580 Billion setahun dan industri pemakanan halal meningkat secara keseluruhannya sebanyak 7 % setiap tahun. Oleh itu, syarikat disarankan sepatutnya megambil kesempatan ini  untuk megeluarkan produk halal, megikut keperluan pengguna. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menyatakan bahawa setiap pengguna mempunyai pengetahuan dan kepercayaan terhadap produk halal, dimana sikap dan norma subjektif memainkan peranan yang penting dalam membentuk niat pembelian.

Sumber: Lada, S., Tanakinjal, H. and Amin, H. (2009), "Predicting intention to purchase halal products using theory of reasoned action", International Journal of lslamic and Middle Eastern Finance and Management, 2(1), 66-76. Diambil daripda: Emerald Group Publishing Ltd.