emakin mendalami penyelidikan
ini,semakin saya sukar untuk menentukan mana satu tajuk yang sesuai untuk
diambil dalam menjalankan penyelidikan yang mempunyai tempoh masa yang
singkat...tetapi akhirnya..melalui pembacaan yang luas dan bantuan rakan-rakan,
Alhamdulillah..saya mengambil keputusan untuk mengkaji tajuk berkaitan
kerelevenan pemakanan halal kepada pengguna muslim. kenapa saya tertarik dengan
kajian ini? jawapannya..jom kita sama-sama membaca skop kajian saya dengan
lebih terperinci..Tetapi sebelum itu, saya minta maaf kerana terpaksa
menggunakan bahasa melayu agar kita semua dapat memahami kajian ini dengan
lebih baik dan berkesan..selamat membaca :)
Pengenalan
Perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini membuatkan kita
sering tertanya-tanya sama ada masyarakat kita ini masih menitikberatkan
soal halal atau haram dalam pengambilan makanan atau barangan. Hal ini kerana,
Islam tidak hanya menitikberatkan tentang keseimbang zat dalam makanan tersebut
tetapi juga turut mengambil kira aspek pemilihan bahan – bahan yang digunakan
dalam pemprosesan makanan tersebut sama ada mengikut syarak atau piawaian
halal. Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Hai sekalian manusia,
makanlah yang halal lagi baik dan apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah – langkah syaitan: kerana sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang nyata bagi kamu”
(Terjemahan Surah Al – Baqarah 168)
Firman Allah S.W.T itu jelas
menunjukan bahawa kita sebagai Muslim harus menitikberatkan makanan yang halal
lagi baik agar dapat memperolehi kekuatan, kesihatan agar dapat menjalani hidup
dengan dan aman. Oleh itu, saya amat tertarik untuk mengkaji dengan lebih
mendalam, apakah masyarakat kini yang mengalami anjakan paradigma masih
menitikberatkan soal halal atau haram dalam pemilihan makanan mereka?
Tajuk Kajian: Kerelevenan Pemakanan Halal Kepada Pengguna
Muslim Masa Kini ( Kajian Kes : Restoran di Desa Ilmu Kota Samarahan Sarawak)
Objektif Kajian:
1. Mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap makanan halal keluaran restoran
di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.
2. Mengkaji tahap kualiti makanan keluaran restoran di Desa Ilmu, Kota
Samarahan Sarawak.
3. Mengkaji sejauh manakah pengguna menitikberatkan pemakanan halal pada
kehidupan seharian mereka.
Jenis Kajian: “Correlation Study” Adakah pengguna masa kini
menitikberatkan status halal pada makanan mereka, dan kepentingan logo halal
dalam pemasaran produk.
Permasalahan
Kajian:
1.
Sejauh manakah tahap kepuasan pengguna terhadap makanan halal keluaran
restoran di Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak?
2.
Sejauh manakah tahap kualiti halal pada makanan keluaran restoran di Desa
Ilmu, Kota Samarahan Sarawak?
3.
Adakah pengguna masih menitikberatkan pemakanan halal pada kehidupan
seharian mereka?
Lokasi: Desa Ilmu Kota Samarahan, Sarawak
Analisis Unit: Individu, Pelajar dan isi rumah Muslim disekitar Desa Ilmu.
Pemboleh Ubah:
“Dependent Variables” Persepsi
Pengguna dan Kesannya
“Independent Variables” Barang
Produk Halal