Saturday, May 26, 2012

Pertandingan Poster Projek Tahun Akhir


Berdasarkan kepada pertandingan poster projek tahun akhir yang dijalankan pada hari Rabu lepas iaitu 23 Mei, saya sempat melihat pelbagai tajuk yang menarik yang dijalankan oleh senior saya (pelajar tahun 3) , daripada semua tajuk tersebut saya tertarik kepada tajuk yang berkaitan produk Halal juga iaitu Tanggapan Pengguna Bukan Muslim terhadap Halal. Saya sempat bertanyakan soalan iaitu mengapa beliau memilih  pengguna bukan Muslim?  Jawapan beliau adalah sebelum ini beliau belum pernah lagi mengetahui apa itu prinsip Halal. Memandangkan beliau  bukan Muslim, jadi  sebelum ini beliau hanya tahu halal hanya bersangkut paut pada Muslim sahaja. Disebabkan itu beliau tampil dengan kajian ini agar dapat mengetahui konteks Halal melalui persepsi bukan muslim. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengkaji sejauh manakah pengetahuan dan kefahaman prinsip halal kepada pengguna bukan islam.

No comments:

Post a Comment